Assalamualaikum...pertama kali saya dapat menghasilkan blog saya sendiri dalam hidup saya. Diharapkan blog ini menjadikan saya dapat berinteraksi dan berkongsi maklumat dengan kawan seperguruan saya dan rakan-rakan yang mengikuti program pensiswazahan guru PPG di IPG atau Universiti. Blog saya ini juga akan saya penuhkan dengan bahan ilmu yang dapat dikongsi bersama rakan semua.